Sukan Hari Ini

Pafa tidak tahu kenyataan Weigang

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mengesahkan bahawa tiada sebarang kenyataan daripada Pafa berhubung kenyataan ketua jurulatih skuad Liga Super Perak, Karl Heinz Weigang yang mendakwa ‘tugasnya telah selesai’ dan mahu pulang ke tempat asalnya, apabila skuad The Bos Gaurus itu tewas 0-3, kepada PKNS di Stadium Shah Alam, semalam.

Tambahnya pihaknya tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan berikutan Weigang sendiri tidak pernah berbincang mengenainya.

“Setakat ini saya tiada komen mengenai perkara berkenaan.

“Beliau (Weigang), pun tidak pernah berbincang dengan saya mengenai isu peletakan jawatan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Difahamkan Weigang mendakwa tugasnya telah selesai’ dan mahu pulang ke tempat asalnya, di hadapan penyokong Perak setelah tamat aksi Liga Super berdepan PKNS di Stadium Shah Alam yang menyaksikan skuad Seladang tumpas 0-3, semalam.

Sementara itu ketika mengulas mengenai persiapan pasukan, Abdul Puhat berkata, persiapan pasukan berjalan lancar.

Abdul Puhat menyatakan kepercayaan bahawa skuad The Bos Gaurus itu akan bangkit mencipta kejayaan pada perlawanan akan datang.

“InsyaaALLAh, persiapan pasukan Perak berjalan lancar dan akan bangkit semula dlm perlawanan perlawanan akan datang,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");