Membawang Hari Ini

Pak Pong Menghiburkan, Santai

FILEM pertama terbitan 9 Country Creativity, Pak Pong menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia sejak Khamis lalu selepas lima tahun pembikinannya.

Filem sulung arahan Fauzi Nawawi ini turut menampilkan pelakon Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Datuk Ezlan Yusuf, Kaza, Rahim R2 termasuk 19 lagi penampilan khas seperti Amber Chia, Saiful Apek, Joey, Marsha dan ramai lagi.

Pak Pong mengisahkan dua orang pemuda, Muda dan Kadek, yang merupakan adik beradik, mempelajari ilmu Pak Pong. Pak Pong adalah sejenis kitab yang dikatakan ‘raja segala ilmu pengasih’.

Namun Muda hanya meminta ilmu untuk memikat ayam hutan demi memenuhi keinginan isterinya yang hamil dua bulan. Manakala Kadek pula mengambil kesempatan menuntut ilmu pengasih bagi mencari isteri.

Bagaimanapun kesan dari ilmu tersebut telah mengubah kehidupan Muda dan Kadek keseluruhannya.

Sinar Harian menulis, Pak Pong adalah sebuah popcorn movie, di mana anda datang untuk menonton, santai, bergelak-ketawa tanpa memberatkan kepala untuk meneka atau memikirkan perjalanan filem ini.

Biarpun filem ini menyelitkan unsur fantasi dan perjalanan lelaki ke alam ghaib, namun Fauzi menggarap filem ini dengan santai sekali.

Ia seolah-olah filem Alice In Wonderland, tetapi dalam versi bahasa Melayu. Cuma bezanya perjalanan Alice berlangsung dalam mimpi, tetapi perjalanan Muda berlaku secara realiti.

Selain itu, penulis juga melihat Fauzi beruntung kerana mendapat pelakon hebat sebagai pelakon utama dan sampingannya.

Contohnya kemunculan Kaza walaupun untuk seketika, tetapi cukup membuatkan penonton ketawa.

Dari sudut teknikal dan CGI nya, penulis memahami faktor pertama kali yang dilalui oleh team produksi dan Fauzi sendiri.

Tidak dinafikan ada kekurangan, namun tidaklah sampai menjejaskan keseluruhan jalan cerita ini.

Jadi bagi anda yang ingin mengetahui keseluruhan perjalanan cerita Muda dan Kadek serta apa yang dilalui mereka, jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");