Membawang Hari Ini

Pak Pong Temui Penonton 23 Februari Ini

LIMA tahun adalah tempoh yang terpaksa dilalui 9 Country Creativity sebelum filem pertama terbitannya, Pak Pong menemui penonton di pawagam bermula 23 Februari ini.

Filem sulung arahan Fauzi Nawawi ini, menampilkan pelakon Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Datuk Ezlan Yusuf, Kaza, Rahim R2 termasuk 19 lagi penampilan khas seperti Amber Chia, Saiful Apek, Joey, Marsha dan ramai lagi.

Menurut Fauzi, filem ini mengambil masa yang lama untuk ditayangkan kerana masalah bajet dan dalam masa yang sama, memberi penelitian terhadap sudut CGI (kesan khas).

Namun bagi pelakon yang terkenal dengan karya aksi, filem ini masih relevan untuk ditayangkan kerana ia mengangkat genre fantasi, komedi dan aksi.

“Tidak dinafikan kami berdepan masalah bajet, namun kami mahu memberikan yang terbaik untuk kesan khas.

“Kami tidak jadikan masalah yang timbul itu sebagai penghalang dan pematah semangat untuk memastikan Pak Pong ditayangkan di pawagam.

“Alhamdulillah kami juga tidak berdepan dengan masalah sepanjang penggambaran dan sedikit demi sedikit kami mula mendapat dana termasuk dari Finas untuk menyelesaikan filem ini,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Fauzi mengaku sangat bertuah kerana mendapat barisan pelakon hebat yang banyak membantu memantapkan lagi jalan cerita filem Pak Pong.

“Walaupun kami banyak menjalani penggambaran di dalam hutan, tapi kami tidak menghadapi masalah besar.

“Setiap pelakon tahu peranan masing-masing dan mereka banyak membantu untuk mencantikkan lagi filem ini.

“Walaupun saya suntik 30 peratus elemen CGI di dalam filem ini, Pak Pong bukanlah filem berat.

“Sebaliknya saya lihat Pak Pong dalam senarai ‘popcorn movie’, di mana penonton bayar, tonton filem ini, ketawa dan pulang,” katanya.

Biarpun belum ditayangkan, Fauzi sudah mempunyai perancangan untuk menerbitkan sekuel filem ini dan berharap Pak Pong akan menjadi sebuah francais filem tempatan.

“Saya sukakan naskhah seperti Lord Of The Ring, The Hobbit, dan berharap Pak Pong akan menjadi filem sekuel seperti ini.

“Insya-ALLAH kalau Pak Pong mendapat sambutan, saya akan teruskan dengan penghasilan sekuel dan masih mengekalkan pelakon sama,” ujarnya.

Pak Pong mengisahkan dua orang pemuda, Muda dan Kadek, yang merupakan adik-beradik, mempelajari ilmu Pak Pong. Pak Pong adalah sejenis kitab yang dikatakan ‘raja segala ilmu pengasih’.

Namun Muda hanya meminta ilmu untuk memikat ayam hutan demi memenuhi keinginan isterinya yang hamil dua bulan. Manakala Kadek pula mengambil kesempatan menuntut ilmu pengasih bagi mencari isteri.

Bagaimanapun kesan dari ilmu tersebut telah mengubah kehidupan Muda dan Kadek keseluruhannya. Apakah yang berlaku?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");