Isu Panas

PAS Dapat Kebenaran Anjur Perhimpunan RUU355

KUALA LUMPUR : PAS mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengadakan perhimpunan RUU355 di Padang Merbok, pada 18 Februari ini.

Persetujuan itu diumumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz dalam satu kenyataan media hari ini.

“Permohonan ini dipersetujui memandangkan Taman Tasik Titiwangsa terlibat dengan kerja naik taraf untuk (projek) ‘River of Life’ yang tidak membenarkan sebarang aktiviti besar-besaran diadakan.

“DBKL tiada masalah dengan permohonan pihak penganjur untuk menggunakan Padang Merbok sebagai tempat perhimpunan, (asalkan) mematuhi syarat ditetapkan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, PAS menggesa DBKL mempertimbangkan permohonan mereka menggunakan Dataran Merdeka, dengan menyasarkan kira-kira 300,000 orang hadir menyokong usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagaimanapun bertegas tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka dan Padang Merbok, sebaliknya mencadangkan PAS berhimpun di Stadium Titiwangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");