Panasnya Hari Ini

PAS-PPBM Setuju Tubuh Jawatankuasa Teknikal Bersama

KUALA LUMPUR : PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.

Menerusi satu kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang diadakan hari ini.

“Mesyuarat hari ini telah memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

“Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat,”kata kenyataan tersebut.

Pertemuan yang diadakan di sini hari ini menyaksikan Tuan Ibrahim hadir mewakili PAS manakala PPBM pula diwakili oleh Mukhriz.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");