Laporan Eksklusif

PAS Seperti Parti SESUMPAH Yang Boleh Bertukar Warna Tanpa Mengira Asas Perjuangan

Sejarah mengenai PAS ini begitu banyak warna-warni nya. Bukan Hijau sahaja, sebaliknya pemimpin PAS lebih kepada warna-warna jijik yang mementingkan ketamakkan dan duniawi.

Dalam tahun 1981, ulama PAS mengeluarkan fatwa bahawa setiap pemimpin mahupun penyokong UMNO akan jatuh kafir kerana bekerjasama politik dan berkongsi kuasa dengan kafir iaitu parti MCA dan MIC (waktu tu masih zimmi).

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Ini adalah antara kata-kata Haji Hadi Awang yang dipetik sebelum berlakunya kes Mamali. Begitu mudah menghukum seolah-olah syurga dan neraka itu ditentukan oleh pemimpin PAS. Siapa mereka nak tentukan pemimpin dan penyokong UMNO adalah kafir dan dijanjikan neraka.

Haji Hadi sebenarnya adalah antara individu yang bertanggungjawab berlakunya tragedi Memali. Sebab apa?

Beliau adalah manusia yang telah menghasut dan membawa kebencian antara Islam dan kerajaan. Dengan berlatar belakangkan Islam, Haji Hadi memainkan peranan menyuntik kebencian antara UMNO dan PAS dan mangsanya ada Ustaz Ibrahim Libya sendiri.

Punca perpecahan ummah Islam di Negara ini adalah disebabkan Haji Hadi yang terpengaruh dengan revolusi Syiah. Dek kerana terlalu taksub, Haji Hadi telah mengimport masuk fahaman aqidah syiah termasuklah fahaman politik.

Di atas fahaman itulah Haji Hadi berani keluarkan fatwa sendiri. Kononnya boleh jatuh kafir sekiranya menyokong mahupun mengundi kepimpinan yang bersekongkol dengan parti kafir.

Isunya ketika itu adalah apabila UMNO ambil keputusan berkolaborasi dengan MCA dan MIC maka sesiapa sahaja yang menyokong BN maka akan jatuh kafir. Itulah prinsip Islam dalam berpolitik yang diamalkan puak syiah.

Sejak dari penubuhan PAS lagi, kepimpinan parti itu dan menunjukkan sikap bipolar mereka. Perjuangan parti boleh berubah mengikut musim, lain kepala lain perjuangannya. Dan kini turn Haji Hadi jadi kepala dalam Pas maka perjuangannya sudah tentu mengikut kepala otak dia.

Untuk menjayakan revolusi untuk menjatuhkan pemerintah UMNO memang sudah tersemat dalam sanubari Haji Hadi. Sebab itu sejak berpuluh tahun dia dah keluarkan fatwa pelik-pelik yang melibatkan UMNO.

Antara amanat Hadi yang dipetik dari ceramah beliau dicetak dalam 4 versi dan diedar kepada penyokong PAS agar mereka dapat membangkit semangat revolusi untuk jatuhkan kerajaan.

Ustaz Ibrahim Libya adalah salah seorang yang terpengaruh dengan dakyah Haji Hadi lalu menyeru umat Islam bangkit scara revolusi Syiah ketika itu. Akan tetapi mujurlah kerajaan dengan pantas menyerang markasnya lalu terjadilah Tragedi Memali yang kemudian Haji Hadi besarkan sebagai mati syahid kerana dibunuh oleh pemerintah UMNO.

Pada masa yang sama umat Islam semakin hari semakin berpecah kerana wujudnya fatwa orang UMNO sudah kafir. Ini lah agenda licik Haji Hadi sebenarnya iaitu untuk memecahbelahkan umat Islam. Apa yang lebih teruk, apabila UMNO buka pintu untuk bekerjasama, dia tak mahu pula. Nama sahaja nak perjuangkan Islam kan.

Tapi apa yang lebih pelik adalah, selepas sekian lama agenda PAS dalam mengkafirkan UMNO timbul pula idea bertahaluf siyasi. Dan initiatif ni memang tak lain dan tak bukan adalah agenda Haji Hadi.

Persoalannya sekarang, apa yang Haji Hadi perjuangankan. Di satu masa dia begitu taksub mencanang satu dunia kononnya UMNO itu kafir dan sesiapa yang mengundi dan menyokong UMNO adalah kafir.

Pas sendiri telah melanggar prinsip ulama’ sendiri dengan bertahaluf siyasi dengan DAP yang dah sah-sah kafir harbi.

Apa yang PAS tuduh kafir kini dia sendiri buat. Ingat tak ada suatu ketika kerjasama antara PAS, PKR dan DAP yang wujud begitu erat. Sedangkan Haji Hadi tanpa disedari telah memperbodohkan diri sendiri. Sanggup jadi seperti lembu kepada DAP dan menggadaikan segala perjuangan parti selama ini.

Akibatnya PAS menjadi keldai tunggang DAP yang sanggup menggadai Hudud. Padahal selama ini PAS begitu gah mencanang untuk melaksanakan HUDUD. Dan perjuangan ke arah itu dilihat begitu jitu sehinggalah apabila Haji Hadi jadi kepala kepada siri kerjasama bersama kafir DAP.

Dengan kerjasama itu, bolehkah kita simpulkan PAS juga kini menjadi KAFIR?

Hudud ditiadakan dalam buku jingga, negara Islam ditukar ke negara berkebajikan dan kalimah ALLAH pun diizinkan kepada Kristian untuk disyirikkan dalam kitab mereka. Bagaimana semua ini boleh berlaku sedangkan PAS atau lebih tepat Haji Hadi sendiri terlibat dalam keputusan itu. Manusia jenis apakah Haji Hadi ini?

Sepertinya Haji Hadi seperti bulat-bulat mengikut telunjuk DAP dan PKR hanya kerana tamak dengan kuasa. Beginikah pemimpin Islam yang dibanggakan PAS. Apabila ketamakkan kuasa melebihi asas perjuangan parti. Sanggup Haji Hadi memperdohkan diri sendiri hanya kerana mahu kongsi kuasa di Selangor, Perak dan Penang.

Taksub dikerah menjunjung bendera DAP, undi DAP dan melaungkan takbir bila penceramah parti kafir itu membaca ayat Al Quran dan lain-lain.

Itulah karma namanya, sibuk sangat mengutuk perjuangan orang lain dan akhirnya beliau sendiri buat perkara yang sama.

Apa yang dituduh kafir kepada UMNO ditakdirkan PAS pun lakukan kerjasama dan kongsi kuasa. Tapi kerjasama PAS ini lebih teruk lagi sebab mereka ini bersekongkol dengan kafir harbi lepas tu mencipta agenda untuk hancurkan pemerintah Islam yang menjadi musuh azali dan dituduh zalim.

Kadang-kadang, perjuangan Haji Hadi ni memang boleh buat orang keliru. Apa yang cuba ditegakkan, apa yang cuba diperjuangkan, apa yang cuba ditentangkan dan apa sebenarnya yang bermain di fikiran Haji Hadi.

Sekejap kata UMNO kafir kerana kerjasama dengan MCA dan MIC yang dianggap parti kafir. Dan kemudian beliau sendiri membawa PAS bekerjasam dengan DAP yang sah-sah kafir dan mempunyai agenda untuk menyebarkan agama Kristian.

Itu belum lagi isu berkaitan HUDUD, orang UMNO pernah dikafirkan kerana tak setuju dengan Hudud PAS. Akan tetapi PAS sendiri yang menyembunyi tuntutan HUDUD semasa berkawan dengan syaiton DAP dalam PRU13.

Sekarang ini bertambah lagi agenda PAS ni. Usul HUDUD entah kemana tiba-tiba muncul pula RUU355. Gagal laksana undang-undang Islam, PAS munculkan pula undang-undang manusia.

Kononnya pemimpin PAS percaya dengan wujudnya RUU355 maka ia boleh menjadi motif utama perjuangan parti selepas ini. Maklumlah bagi persiapan PRU14 tak lama lagi.

Itulah wajah sebenar perjuangan pas berubah ubah color Islam mengikut kepentingn politik bagai spesis SESUMPAH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");