Isu Panas

Pas Setuju Cadangan Larangan Remaja Keluar Malam

SHAH ALAM : Cadangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyarankan larangan ke atas remaja bawah umur 18 tahun untuk keluar malam yang tidak ditolak oleh PAS.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah tersebut mampu membendung remaja daripada terus terjebak ke dalam kancah tidak baik.

“Saya setuju dengan saranan keperluan kawalan ke atas remaja untuk keluar malam.

“Ada sesetengah remaja jadi tidak terkawal kerana faktor terlalu banyak hiburan di luar rumah lebih-lebih lagi pada waktu malam,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Nur Jazlan mencadangkan kerajaan Johor mengeluarkan arahan melarang remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya, termasuk di jalan raya mahupun lokasi tertentu pada lewat malam.

Nur Jazlan berkata, arahan larangan itu bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti kemalangan di jalan raya.

Sementara itu, tambah Tuan Ibrahim, sebagai wakil rakyat, dirinya telah meminta polis untuk bertindak, namun tindakan yang keras dari sudut perundangan tidak boleh dilakukan kerana golongan terbabit merupakan remaja bawah umur.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kemalangan yang meragut nyawa lapan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru, baru-baru ini.

Tidak hanya remaja, kata Tuan Ibrahim lagi, perhatian juga harus ditumpukan kepada pusat-pusat hiburan yang bercambah di kota raya dan bandar-bandar seluruh negara.

Ini kerana menurut Tuan Ibrahim, pusat-pusat hiburan banyak mempengaruhi corak kehidupan remaja zaman kini.

“Pusat hiburan juga harus dikawal. Seperti di Kelantan, tidak banyak pusat hiburan diwujudkan, maka anak-anak remaja di negeri itu banyak melibatkan diri dengan majlis ilmu.

“Penglibatan remaja dengan sekolah agama dan pondok banyak membantu melahirkan generasi yang lebih baik,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");