Isu Panas

Pas Tak Ada Masalah Sepentas Dengan PPBM

KOTA BHARU : Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, parti itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di satu pentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini, tidak ada sebarang arahan atau keputusan untuk mengadakan kerjasama dengan parti yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“Setakat ini kita tiada keputusan muktamad untuk bekerjasama dengan PPBM, cuma untuk duduk pada satu pentas… itu tiada halangan.

“Apapun, di peringkat pusat mahupun negeri, masih belum ada keputusan mengenainya,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Pas masih kekal dengan keputusan untuk tidak berkerjasama dengan Amanah dan DAP dalam apa jua keadaan.

“Sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Syura sebelum ini, apa-apa kerjasama dengan Amanah dan DAP tidak dibenarkan.

Mengulas mengenai wujud desas-desus mengatakan ada kerjasama antara Amanah dan Umno, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahuinya, tetapi mengakui ada terdengar mengenainya.

“Walaupun perkara ini tidak ada sesiapa yang memberikan kenyataan jelas, tetapi kita sentiasa memantaunya.

“Pas sebagai sebuah parti politik matang sentiasa berwaspada supaya penyokong kita tidak terpengaruh dengan usaha Amanah dan Umno,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");