Panasnya Hari Ini

PAS Tidak Efektif Jika Enggan Bekerjasama – Tun M

KUALA LUMPUR:Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa PAS akan menjadi parti yang tidak efektif dalam politik negara sekiranya terus berdegil dan kekal dalam pakatannya sendiri tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti.

Memetik sumber Berita Harian, ujarnya PAS juga tidak akan memenangi pilihan raya dan tidak berupaya untuk berbuat apa-apa untuk ahlinya atau negara sekiranya tidak bekerjasama dengan sesiapa, sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang.

“Pengalaman mereka menunjukkan mereka tidak pernah menjadi kerajaan di peringkat pusat, selagi mereka tidak bersekutu (bekerjasama) dengan parti lain.

“Kita (PPBM) sudah beri masa kepada mereka sebulan untuk buat keputusan, sama ada mahu bekerjasama dengan parti ini atau sebaliknya.

“Kita dah buat segala yang perlu, apa lagi boleh kita buat (untuk mengajak mereka bekerjasama). Saya tidak mahu (sampai) perlu merangkak atau cium kaki mereka (pemimpin PAS). Cukuplah.

“Bukan masalah kita jika mereka (PAS) terus berdegil untuk tidak bekerjasama, cuma mereka kena ingat, mereka tidak boleh memenangi mana-mana pilihan raya dengan bersendiri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada 120 Ketua Bahagian PPBM pada Selasa.

Sementara itu beliau turut mengakui sekiranya PAS terus kekal dengan pakatannya sendiri dan menyatakan kesediaan untuk menghadapi persaingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang, ia seolah-oleh menunjukkan parti itu memihak kepada BN.

“Mana-mana parti pun, kalau bertanding mewujudkan tiga penjuru, niatnya adalah untuk menyokong BN,” katanya.

Mengulas mengenai empat wakil rakyat DAP di Melaka yang keluar parti Ahad lalu berikutan kerjasama DAP dengannya, Dr Mahathir berkata itu hanyalah alasan bagi mereka yang berfikiran sempit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");