Jenayah

Pegawai Veterinar Ditahan

SHAH ALAM : Seorang Pegawai Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Sinar Harian melaporkan, siasatan awal mendapati suspek pada ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Unit Ruminan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dikatakan telah memperolehi habuan bagi memperakukan kerja telah siap dengan sempurna untuk dua projek iaitu Tanaman Fodder Napier di seluruh Negeri Sembilan seluas 35 ekar dan Tanaman Rumput Ragutan di Ladang Ternakan Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan. Jumlah keseluruhan projek dianggarkan bernilai RM272,200.

Suspek telah dilepaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");