Laporan Eksklusif

Pekerja Asing Perlu Jalani Pemeriksaan Kesihatan Di Negara Sumber Sebelum Ke Malaysia

KUALA LUMPUR : Setiap pekerja asing yang ingin bekerja di negara ini perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di negara masing-masing.

Presiden Bestinet Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Amin Abdul Nor berkata, pemeriksaan itu perlu dilakukan bagi mengelak rakyat tempatan menjadi ‘mangsa’ kepada penyakit berbahaya.

“Sebelum ini, dokumen berkaitan kesihatan dilakukan secara manual dan ada berlakunya penipuan dalam laporan kesihatan mereka (pekerja asing). 

“Tetapi pada hari ini, semuanya adalah secara automatik di mana ada ketelusan di antara negara sumber dan Malaysia,”katanya menerusi satu klip video.

Dahulu, katanya lagi, banyak rekod kesihatan pekerja asing tidak didedahkan apabila mereka datang ke Malaysia dan menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit-penyakit kritikal di kalangan rakyat Malaysia.

Mohd Amin berkata, apa yang dilakukan oleh pihaknya dan agensi pembekal pekerja asing ialah, setiap pekerja asing yang ingin bekerja di negara ini perlu menjalani pemeriksaan kesihatan seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

“Pada hari ini, semuanya boleh dilakukan secara atas talian (on-line). Tidak boleh ada sebarang kesilapan. Melalui laporan kesihatan ini, 99.99 peratus masalah pekerja asing ini boleh diselesaikan dan ianya adalah asli.

“Mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di negara sumber sebelum datang ke Malaysia,”tegasnya.

Pada pandangan penulis, langkah ini wajar dilakukan oleh agensi yang membawa masuk pekerja asing ke negara ini bagi mengelak sebarang penyebaran penyakit berbahaya yang dibawa masuk oleh pekerja asing.

Selain bekerja secara sah di Malaysia, langkah ini juga membolehkan hanya pekerja asing yang bebas dari penyakit merbahaya boleh bekerja di sektor-sektor yang kurang mendapat perhatian dikalangan rakyat tempatan.

Langkah yang diambil ini juga turut membuktikan bahawa kerajaan Malaysia memandang serius terhadap pekerja asing yang ingin datang bekerja di negara ini mestilah bebas daripada sebarang penyakit berbahaya seperti HIV dan sebagainya.

Perak Today akan terus mengupas isu pekerja asing ini dari masa ke semasa bagi membincangkan perkara ini dari pelbagai perspektif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");