Sukan Hari Ini

Peluang Kumpul Ilmu Dengan Real Madrid

Yayasan Real Madrid pula pertama kalinya akan menganjurkan klinik bola sepak di negara ini yang bakal diadakan di Epsom College Malaysia (ECiM) dari 23 Julai hingga 5 Ogos depan.

Ketua Antarabangsa Kampus dan Klinik Yayasan Real Madrid, Andres Muntaner berkata, anjuran itu diadakan bagi memberi peluang kepada golongan remaja di negara ini menimba ilmu daripada jurulatih yang sama melatih pemain bola sepak terkenal Madrid, termasuk Christiano Ronaldo, Gareth Bale, James Rodriguez, Toni Kroos dan Sergio Ramos.

“Klinik ini bertujuan menggalakkan nilai positif dalam bola sepak seperti semangat kepemimpinan, kerja berpasukan, hormat dan merendah diri.

“Nilai ini mampu membantu perkembangan fizikal, mental dan emosi peserta yang menyertai klinik itu,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Menurut Muntaner, klinik itu terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berusia antara 11 sehingga 17 tahun yang bercita-cita tinggi dan berminat untuk belajar permainan terkenal di dunia itu.

“Klinik ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pertama bermula pada 23 Julai selama seminggu, dan sesi kedua pada 5 Ogos bagi tempoh sama.

“Semoga, melalui kolaborasi ini, kami akan memperoleh lebih banyak idea,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");