Panasnya Hari Ini

Pembangkang Di Melaka Terus Kecil Dan Lemah

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, membayangkan suara pembangkang yang diketuai DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terus mengecil berikutan hubungan akrab kerajaan negeri dengan calon tunggal PAS.

Memetik sumber Berita Harian,selepas tiga wakil rakyat DAP bertindak keluar parti dan menjadi wakil Bebas Ahad lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru dari PAS, Dr Md Khalid Kassim, pula dilihat mesra dan condong kepada kerajaan negeri.

“PAS dengan isu Rang Undang Undang (RUU) 355, mereka bersama kita dalam isu etnik Rohingya menampakkan seolah-olah parti itu di negeri ini juga tidak berbunyi seperti pembangkang.

“Jika berbahas, wakil PAS negeri juga lebih kepada menyokong dan ini petanda baik ke arah pengurangan kerusi pembangkang di DUN Melaka,”katanya.

Ahad lalu, empat wakil rakyat DAP Melaka, termasuk seorang Ahli Parlimen mengumumkan keluar parti.

Mereka adalah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan tiga ADUN iaitu Goh Leong San (Duyong), Lim Jak Wong (Bachang) dan Chin Choon Seong (Kesidang).

Idris yang juga ADUN Sungai Udang turut mendedahkan mengadakan pertemuan selama 30 minit dengan Md Khalid di Seri Negeri, semalam bagi mengulangi sokongan berhubung RUU 355 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");