Jenayah

Pemuda Maut Elak Kerbau

DUNGUN : Seorang pemuda maut apabila motosikal ditunggangnya gagal mengelak sekumpulan kerbau yang sedang melintas jalan di kilometer 15.7 Jalan Tok Kah- Jerangau, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu mangsa, Muhammad Zulkifli Ayub, 27, yang bekerja sebagai pemandu jentolak meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami.

Sinar Harian melaporkan, sewaktu kejadian mangsa yang berasal dari kampung Padang Jambu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas memancing bersama rakan-rakan di kampung Lentang.

Ketika tiba di tempat kejadian, sekumpulan kerbau dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba menyebabkan mangsa gagal mengelak dan merempuh haiwan itu sebelum melanggar pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasat sebelum diserah kepada waris.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");