Membawang Hari Ini

Pencipta lagu Sayang Kinabalu Akui Kecewa

KOTA KINABALU: Selepas 15 tahun menjadi pemilik lagu `Sayang Kinabalu’, penyanyi dan komposer terkenal dari Sabah, Asmin Mudin, memberi bayangan untuk menjual hak cipta lagu berkenaan kepada yang berminat.

Ia berikutan kekecewaannya kerana lagu kebanggaan penduduk Sabah itu digunakan secara meluas tanpa pulangan sewajarnya kepada beliau selaku pencipta dan pemilik.

“Saya tidak tahan lagi dengan keadaan yang sukar dikawal ini . Lagu Sayang Kinabalu seperti sudah menjadi milik semua dan bukannya milik saya atau syarikat Skyline yang menerbitkan lagu ini.

“Sejak dikeluarkan pada 2001, Sayang Kinabalu senang-senang digunakan pelbagai pihak tanpa meminta kebenaran atau memaklumkan kepada saya dan Skyline,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Lagu Sayang Kinabalu terbitan syarikat Sky Laser Enterprise Sdn Bhd (Skyline) menjadi popular bukan saja dalam kalangan peminat lagu tempatan di Sabah, malah di seluruh negara.

Asmin yang juga pencipta lagu Kau Ilhamku, Anggapanmu dan Gemilang yang masing-masing dipopularkan oleh Man Bai, Ziana Zain dan Jaclyn Victor itu, berasa teraniaya dengan keadaan itu.

“Bukan saya dan syarikat Skyline saja berasa begitu tetapi juga abang saya, Allahyarham Kimin Mudin sebagai penyanyi lagu itu.

“Saya tertekan kerana setiap kali lagu itu dinyanyikan dan digubah semula oleh pelbagai pihak, keluarga Allahyarham bertanya sama ada mendapat bayaran atau tidak.

“Semua orang ingat saya ‘makan duit’ tetapi sebenarnya tidak,” katanya.

Artis berusia 46 tahun itu pernah berhasrat mengambil tindakan terhadap pihak yang menggunakan lagunya tanpa kebenaran namun membatalkannya kerana faktor kewangan.

Menerusi lagu Sayang Kinabalu, beliau hanya memperoleh kira-kira RM500 setahun daripada Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) yang dilesenkan mengendalikan kutipan royalti.

Justeru, Asmin mungkin meneruskan hasrat menjual hak milik Sayang Kinabalu selepas tempoh lagu yang digunakan sebagai lagu tema pelancongan Sabah tamat pada November tahun depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");