Berita Hari Ini

Pengamal media kena patuh etika kewartawanan

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengingatkan pengamal media agar patuh kepada etika kewartawanan bagi menyokong proses demokrasi di negara ini.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan berita politik kini memaparkan berita bersifat negatif yang lebih menjurus kepada konflik dan skandal.

“Peranan media sangat besar kerana ianya cepat mempengaruhi pemikiran masyarakat sehingga mampu memberi impak yang besar kepada negara,” katanya ketika berucap pada Malam Media Melaka di sini, malam tadi.

Turut hadir Exco Komunikasi dan Koperasi, Datuk Latiff Tamby Chik dan Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) Tenaga Nasional Berhad, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin.

Katanya masyarakat menjadikan media sebagai rujukan untuk mendapat maklumat, sehubungan itu media harus melaporkan berita yang sahih dan berkualiti.

Idris berkata, pengamal media seharusnya memastikan kesahihan sumber berita dengan berhati-hati sebelum menyiarkan berita itu.

Sebanyak 17 kategori anugerah dipertandingkan pada majlis tersebut yang terbuka pada semua pengamal media di negeri Melaka.

Bernama memenangi Anugerah Rencana Terbaik (Bahasa Inggeris) menerusi artikel bertajuk ‘Port State Initiative to Free Melaka from Tourism Dependency’ oleh Ketua Biro Melaka Fadzli Ramli.

Senarai Anugerah Wartawan Terbaik dimenangi Nor Amalina Abd Halim dari RTM, Anugerah Khas Ketua Menteri dirangkul Shazzuan Shah Mohd Saleh (Melaka Hari Ini) dan Anugerah Khas Juri dimenangi Mohamad Raffi Bachik (Astro Awani).

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");