Isu Panas

Penggantungan Annuar Tak Jejas UMNO Kelantan

JELI – Penggantungan tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) diyakini tidak akan memberi kesan kepada UMNO Kelantan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, keputusan penggantungan dan siasatan ke atas Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berhubung isu itu bukan tindakan UMNO dan tidak ada kaitan dengan parti.

Katanya, tindakan itu sebaliknya dilihat selaras kenyataan menteri berkaitan sebelum ini yang berhasrat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Mara sebagai agensi diamanahkan untuk memperjuangkan kepentingan Bumiputera.

“Yang penting, bukan kita, kerajaan BN yang bertindak tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempunyai peranan besar dalam hal ini dan mereka menjalankan tugas.

“Tak ada kaitan dengan UMNO atau parti tetapi ia (siasatan) berkaitan sebuah institusi yang khusus ditubuhkan oleh untuk meningkatkan integriti dan memastikan segalanya berjalan baik,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Keputusan menggantung tugas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh sebagai Pengerusi Mara dan PMB dibuat dalam mesyuarat khas Ahli Majlis Mara di Kuala Lumpur, semalam.

Keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan berhubung isu penajaan membabitkan pasukan bola sepak Kelantan.

SPRM turut membuka kertas siasatan yang tertumpu kepada isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dalam penajaan pasukan bola sepak berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");