Isu Panas

Pengundi Bidayuh digesa sokong BN

LUNDU – Kemudahan yang terdapat di Pasar Lundu dan Pasar Sematan turut dinikmati masyarakat Bidayuh Selako, yang tinggal di kawasan Dun Opar.

Penghulu bagi kaum Bidayuh Selako di kawasan Biawak, Lundu, Wang Anak Ering berkata, walaupun penduduk Biawak menetap di kawasan Dun Opar, namun segala kemudahan yang ada di Pasar Lundu dan Sematan turut dinikmati mereka kerana ia terletak berjiran.

“Bagi kaum Bidayuh Selako yang tinggal di kawasan Dun Tanjong Datu seperti di Kampung Pueh, Sematan, mereka sangat bertuah kerana segala kemudahan sudah sampai ke kampung mereka.

“Dengan siapnya pembinaan Jalan Telok Melano-Sematan yang merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo sudah tentu menguntungkan lagi penduduk di situ,” katanya kepada Bernama.

Bukan itu sahaja, katanya jarak perjalanannya yang lebih singkat berbandingsekarang untuk berulang-alik ke Kuching akan membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk mereka, khususnya pemilik tanah di situ.

Sehubungan itu, Wang menyeru pengundi Bidayuh memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN pada hari pengundian pada 18 Februari ini.

PRK Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandang kerusinya Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 11 Jan lalu.

Calon BN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), iaitu balu Adenan akan dicabar calon Parti Bansa Dayak (PBDS), Baru Raphealson Richard Hamit dan calon Parti Reformasi Sarawak (Star), Johnny Aput.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");