Sukan Hari Ini

Pengurus bola sepak AS Kritik Trump

WASHINGTON: Pengurus bola sepak Amerika Syarikat (AS), Bruce Arena menjadi jurulatih profil tinggi yang terkini apabila tampil mengkritik Presiden Donald Trump berhubung keputusan sementara melarang rakyat tujuh negara majoriti Islam memasuki negara itu.

“Saya rasa perkara itu menyedihkan kerana satu perkara yang kita lakukan dalam bidang ini ialah, sukan adalah global,” kata Arena ketika temuramah bersama The Washington Post di Chattanooga, Tennessee.

“Kami menjelajah ke serata dunia. Kami bertemu semua jenis orang. Dan, akhirnya kami merumuskan mereka adalah manusia yang menakjubkan.

“Kita ada manusia jahat di dunia, kita ada manusia jahat di dalam negara sendiri, tetapi cukup jelas majoriti yang ada adalah manusia yang baik. Ia cukup menakjubkan apabila kita memberi mereka peluang menjadi sebahagian daripada negara kita,” katanya.

Arena memberi reaksi itu selepas jurulatih NBA, Steve Kerr (Golden State Warriors) dan Gregg Popovich (San Antonio Spurs) mengkritik arahan eksekutif pentadbiran Trump berhubung cara pengurusan imigresen.

Jurulatih ini mengendalikan pasukan bola sepak lelaki AS menggantikan jurulatih kelahiran Jerman, Jurgen Klinsmann selepas pasukan itu keciciran mata dalam pusingan kelayakan Piala Dunia – kepada Mexico dan Costa Rica pada November lalu.

Katanya, keputusan Trump itu menjadi topik sensasi di kalangan pemain AS sendiri yang dikumpulkan sejak tiga minggu lalu.

Mereka kini menjalani latihan di pusat latihan sempena perlawanan persahabatan menentang Jamaica di Chattanooga.

“Pemain kami bukannya imun daripada sebarang berita,” kata Arena memetik sumber AFP.

“Mereka tahu apa yang berlaku. Saya rasa ini bukannya kali pertama mereka bercakap mengenainya, bahkan dalam setiap isu.

“Saya rasa, tidak seorang pun dalam pasukan ini yang merasakan mengharamkan komuniti Islam atau kumpulan lain itu satu keputusan betul,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");