Perak Hari Ini

Penjaja Perlu Jaga Kebersihan Di Gerbang Malam Jika Mahu Jadi Tarikan

IPOH : Golongan penjaja di Gerbang Malam diingatkan supaya menjaga kemudahan yang disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebaiknya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, setiap penjaja perlu lebih bertanggungjawab memastikan kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik dan bersih berikutan Gerbang Malam merupakan antara kawasan tarikan pelancong.

“Kita ingin mewujudkan suasana yang bersih dan cantik. Jadi jagalah elok-elok kemudahan yang disediakan kerana ini adalah tanggungjawab mereka.

“Kita buat untuk rakyat berniaga dan mereka perlu bertanggungjawab menjaga kawasan ini dengan sebaik-baiknya.

“Sekiranya kawasan itu dalam keadaan tidak terurus dan kotor maka, agak sukar bagi kerajaan negeri untuk terus membantu mereka.

 

Zambry menambah, setakat ini kerajaan negeri telah mengeluarkan perbelanjaan bagi menyediakan kemudakan bagi penjaja di kawasan berkenaan terus berniaga.

Justeru katanya, golongan penjaja diharapkan bertindak seiring dengan hasrat kerajaan negeri dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Gerbang Malam.

“Kerajaan telah berbelanja menyediakan kemudahan ini sebab ingin melihat semua pihak dapat berniaga bersama-sama dan tidak menimbulkan masalah di sesuatu kawasan.

“Sekiranya kawasan ini tidak dijaga maka pengunjung pun akan tidak suka berkunjung ke Gerbang Malam dan ia sudah tentu akan memberi kesan kepada penjaja disini juga,” kata Zambry.

Terdahulu, beliau ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut ke kawasan Medan Selera Taman Kanak-Kanak (TKK) di sini.

Turut hadir ke lawatan mengejut itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");