Panasnya Hari Ini

Penubuhan PPBM Tidak Jadi Ancaman Pada BN

KUALA LUMPUR:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dianggotai bekas pemimpin UMNO tidak menjadi ancaman kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Memetik sumber Berita Harian, malah jelasnya penubuhan parti itu membuktikan amalan demokrasi masih subur di negara ini walaupun PPBM akan menentang calon BN pada PRU akan datang.

Katanya, bekas pemimpin parti itu yang secara keseluruhannya pernah memegang jawatan utama di peringkat negeri dan bahagian tidak berlakon, sebaliknya berterus terang dan mengisytiharkan menyertai serta menubuhkan parti itu.

“Walaupun saya dimaklumkan PPBM akan meletakkan calon untuk bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta lapan kerusi Parlimen pada PRU akan datang, tetapi BN negeri menganggap kehadiran pemimpin parti itu bukanlah satu ancaman.

“Semua pengundi di negeri ini kenal dan tahu punca bekas pemimpin BN itu menyertai parti PPBM, termasuk ketua bahagian parti itu di Kuala Nerus,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penubuhan parti itu di semua bahagian di Terengganu.

Difahamkan, pemimpin utama PPBM di peringkat bahagian sudah mengenal pasti calon dari parti itu untuk bertanding di 32 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

Manakala kelmarin, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Razali Idris yang dilantik sebagai Ketua Bahagian PPBM di Kuala Nerus merasmikan penubuhan parti itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");