Perak Hari Ini

Penyokong Skuad TBG Berkumpul Di Dataran Ipoh

IPOH :Lebih 2,000 penyokong bolasepak Perak berkumpul di Dataran Ipoh bagi menyaksikan perlawanan antara skuad The Bos Gaurus menentang Melaka, malam tadi.

Tayangan yang dipaparkan melalui skrin layar gergasi itu berikutan skuad The Bos Gaurus dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengenakan denda dua perlawanan tanpa penyokong untuk skuad Perak di laman sendiri.

Hukuman itu susulan daripada tindakan penyokong The Bos Gaurus yang bertindak di luar kawalan semasa perlawanan Liga Super 2016 antara Perak dan JDT di Stadium Perak, 6 Ogos 2016.

Berikutan itu, Persatuan bola sepak Perak (PAFA) telah mendapatkan persetujuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk kebenaran membuat tayangan perlawanan tersebut menggunakan layar gergasi dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Penyokong Perak kelihatan memenuhi ruang dataran sekitar jam 8 malam dan tidak berganjak hingga tamat perlawanan.

Turut kelihatan hadir Datuk Bandar Ipoh,Datuk Zambri Man dan Setiausaha Bandaraya, Zakuan Zakaria.

Dalam perlawanan malam tadi, Perak menang 3-2 menentang Melaka walaupun tanpa kehadiran penyokong kedua-dua pasukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");