Perak Hari Ini

Peringatan Sultan: Melayu Perlu Bina Jati Diri

IPOH:Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menyifatkan teguran Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa program Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah baru-baru ini bertujuan memastikan langkah dan tindakan setiap institusi terarah dan tidak terpesong daripada matlamat asalnya adalah bertepatan.

Naib Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam berkata, Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merasakan kebimbangan hala tuju dan perbuatan yang dilakukan ketika ini tidak menambah nilai keutuhan bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri.

“AMANAH Perak melihat suasana dan persekitaran politik adalah sumbangan paling besar bagi bangsa Melayu untuk membina jati diri yang keyakinan untuk membuat satu keputusan besar bagi negeri dan negaranya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tambahnya lagi tingkah laku dan keinginan yang tidak realistik menjadi penyebab bangsa Melayu mudah lupa diri dan alpa yang akhirnya sanggup melakukan apa sahaja malah akan merosakkan jati diri mereka sendiri.

“Melakukan perubahan dalam diri kita dahulu adalah kunci kejayaan bagi masyarakat kita diakhirnya dan pengukuhan negara bangsa bagi memelihara tanahair kita agar tidak tergadai!,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");