Panasnya Hari Ini

Persefahaman PPBM-PAS Akan Lengkapkan Permuafakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR : Persefahaman yang dicapai antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS akan melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang dan memperkukuhkan lagi kedudukan pembangkang menjelang PRU-14.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau amat menyambut baik dan mengalu-alukan kesediaan PAS untuk membentuk kerjasama dengan PPBM khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14.

“Kerjasama ini akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu dalam PRU-14 dan insyaAllah, jika diberikan mandat oleh rakyat, akan membentuk sebuah kerajaan baharu yang berintegriti selepas pilihanraya.

“Saya percaya peluang untuk mewujudkan sebuah gabungan parti-parti politik yang lebih berkaliber untuk mentadbir negara sekiranya diberikan mandat oleh rakyat akan dapat direalisasikan dengan wujudnya persefahaman antara PPBM, PAS dan parti-parti sekutu yang mempunyai aspirasi yang sama,”katanya menerusi satu kenyataan.

PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan.

Terdahulu, pertemuan antara PPBM dan PAS menunjukkan perkembangan positif apabila Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.

Muhyiddin berkata, dengan perkembangan terbaharu ini, beliau yakin bahawa harapan untuk menyelamatkan Malaysia serta menawarkan masa depan Malaysia yang lebih baik juga semakin cerah.

“Saya berdoa semoga perjanjian PPBM-PAS akan dapat dimeterai oleh saya dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam tempoh beberapa hari akan datang,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");