Membawang Hari Ini

Persembahan Katy Perry dengan boneka Trump dan Theresa May tarik perhatian

PENYANYI Katy Perry dilihat menyindir Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri United Kingdom Theresa May menerusi persembahannya di Anugerah Brits, semalam.

Penyanyi dari Amerika itu melakukan persembahan dengan dua penari ‘skeleton’ yang berpakaian seperti Trump dan Theresa ketika mereka berdua bertemu di Washington bulan lalu.

Boneka Trump dilihat memakai suit dan tali leher merah yang panjang manakala patung Theresa pula memakai skirt dan jaket berwarna merah.

Perry, yang mempersembah lagu single terbaharunya ‘Chained To The Rhythm’ itu pernah berkempen untuk Hillary Clinton pada pilihan raya Amerika Syarikat tahun lepas.

Persembahan itu kemudian menjadi perbualan hangat di media sosial memetik laporan Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");