Sukan Hari Ini

Pertimbang Keputusan Pertahan Jawatan Timbalan Presiden

KOTA BHARU: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Affandi Hamzah masih mempertimbangkan keputusan sama ada mempertahankan jawatannya atau tidak menjelang kongres persatuan itu yang akan berlangsung 25 Februari ini.

Setakat ini beliau yang juga pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), belum membuat sebarang keputusan dan berjanji akan memaklumkan pendiriannya dalam masa terdekat.

“Setiap calon yang telah diusulkan namanya perlu memaklumkan (kepada FAM) sebelum 13 Februari ini.

“Pada 20 Februari pula, senarai akhir calon yang bakal bertanding akan dikeluarkan dan pemilihan akan diadakan pada 25 Februari,” katanya memetik sumber Berita harian.

Mengulas mengenai isu kewangan KAFA, Affandi berkata, perkara itu tidak berbangkit walaupun Penasihat persatuan, Tan Sri Annuar Musa diarah bercuti berhubung isu penajaan berkaitan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Beliau berkata, jawatankuasa KAFA sekarang ini melakukan pelbagai usaha bagi memastikan sumber kewangan pasukan tidak terjejas.

“Kita akan tumpukan kutipan pintu serta jualan pas bagi memastikan sumber kewangan pasukan berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.

“The Red Warrior (TRW) kini bersaing di Liga Super dan kita akan pastikan pasukan ini mampu terus bersaing sehingga habis musim ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");