Sukan Hari Ini

PKNS FC, Selangor Perlu Lupakan Kemelut

Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Ab Rashid menyatakan harapannya agar pertembungan pasukan itu menentang pasukan Selangor di Stadium Shah Alam petang ini diharap berlangsung dalam atmosfera harmoni dan profesional.

Ujarnya, kedua-dua pasukan dapat melupakan segala kemelut sebelum kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2017 bermula.

Malah jelasnya demi semangat kesukanan, apa jua perkara yang tidak bersangkut dengan dunia bola sepak dapat diketepikan.

“Kedua-dua pasukan turun membawa nama Selangor, jadi kita tidak ingin perkara lain yang tidak bersangkutan dalam bola sepak turut dibawa ke padang.

“Ini satu pertemuan seimbang kerana kedua-duanya pasti ingin menunjukkan sesuatu kepada penyokong negeri Selangor.

“Apa pun, sebagai pendatang baru, kami akan turun dengan barisan terbaik walaupun saya melihat Selangor mempunyai kelebihan kerana masih belum tewas dalam dua perlawanan pertama dan mereka juga mempunyai lebih banyak pengalaman beraksi di Liga Super,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Mengulas berkaitan persembahan hambar Semut Api dalam dua perlawanan pertama, Mahfizul menyifatkan masih terlalu awal menilai prestasi pasukan.

Katanya, biar pun masih bergelut mencari rentak, beliau percaya pasukan kendalian E Elavarasan itu mampu bangkit untuk mencipta kejutan.

“PKNS memang terkenal dengan gelaran underdog. Jadi kami ingin terus tunjukkan pasukan ini mempunyai semangat tak pernah mengalah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");