Berita Hari Ini

Polis guna protokol antarabangsa siasat kes

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mematuhi protokol antarabangsa untuk mendapatkan kerjasama Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menghantar permohonan melalui Kementerian Luar (Wisma Putra) untuk diserahkan kepada Kedutaaan Korea Utara, memandangkan Kwang-Song, 44, memiliki imuniti diplomat.

“Beliau (Kwang-song) mempunyai imuniti, sebab itu saya cakap kami akan ikut protokol antarabangsa kerana ia melibatkan pegawai kanan kerajaan luar negara.

“Perkara ini merupakan sebahagian daripada siasatan kami dan polis mempunyai cara tersendiri untuk menyiasat kes ini berdasarkan protokol antarabangsa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Khalid dalam sidang medianya semalam mengesahkan Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara itu sebagai seorang daripada dua individu yang dicari polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");