Berita Hari Ini

Polis Minta Masyarakat Tidak Risau

KUALA LUMPUR : Pihak polis telah mengambil tindakan perlu dengan memantau secara berkala pergerakan bekas banduan perogol bersiri, S Selva Kumar ke Malaysia.

Berikutan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh meminta agar orang ramai tidak risau dan khuatir.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana kita akan memantau secara berkala pergerakan dia (Selva) sepanjang dia di sini.

“Bagaimana caranya itu terserah kepada polis,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mengulas tentang tempat yang akan Selva akan tinggal buat masa ini, dengan ringkas beliau berkata, Selva Kumar akan menginap di Selangor.

Hari ini, Sarawak mengikut jejak Sabah mengharamkan kemasukan bekas banduan perogol bersiri, S. Selva Kumar, ke negeri itu.

Selva Kumar pulang ke Malaysia semalam setelah menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada kerana melakukan 19 kesalahan serangan seksual, 28 kesalahan menggunakan bahan berbahaya, 10 kesalahan melakukan pelbagai serangan dan berbelas kesalahan lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");