Panasnya Hari Ini

PPBM Mahu Jalin ‘pakatan pilihan raya’ Dengan PAS

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menjelaskan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ingin menjalin ‘pakatan pilihan raya’ dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Memetik sumber laporan Bernama, PPBM tegasnya akan berusaha untuk berunding dengan PAS bagi merintis satu “pakatan pilihan raya.”

“Mahu tak mahu kami (PPBM) terpaksa ada (pilih) satu tarikh untuk memuktamadkan adakah kami boleh atau tidak jalin kerjasama dengan PAS walaupun dalam bentuk “electoral pact’ (pakatan pilihan raya),” katanya.

Terdahulu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM selagi ia menjalin hubungan dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata pada PRU14, PPBM akan menumpukan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");