Sukan Hari Ini

Presiden FAM: FAS Pula Sokong Tunku Ismail

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) menyatakan sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), memetik laporan Sinar harian.

Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal turut menyifatkan Tunku Ismail merupakan calon paling layak menerajui badan induk bola sepak negara itu.

“Kami adalah negeri kedua selepas Melaka yang menyokong Tunku Ismail sebagai Presiden,” katanya selepas ditanya mengenai penswastaan The Red Giants dan menyifatkan dengan pemilihan Tunku Ismail sebagai Presiden akan membuka jalan lebih luas ke arah usaha itu.

Menurut Subahan lagi, pasukan negeri sukar untuk melakukan penswastaan secara persendirian.

“Kita kekurangan dana dan kekuatan untuk melakukan penswastaan secara sendirian.

“Dengan adanya Tunku Ismail, kami akan menjadi pasukan pertama yang akan melakukan penswastaan,” katanya semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");