Panasnya Hari Ini

Proton Iriz Tembusi Pasaran Indonesia

KUALA LUMPUR : Proton Holdings Berhad (Proton) melalui anak syarikat milik penuhnya di Indonesia, PT Proton Edar Indonesia (PEI) kini memperkenalkan Proton Iriz di negara jiran, Indonesia.

Majlis memperkenalkan Proton Iriz itu diadakan secara rasmi di pusat beli belah, FX Sudirman, Senayan di Jakarta sejak 16 Februari lalu sehingga 22 Februari ini.

Majlis perkenalan rasmi Proton Iriz di Indonesia itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Datuk Madani Sahari.

Turut hadir ialah Pengarah Transformasi dan Ketua Jualan Antarabangsa, Mohd Khalid Yusof, Penasihat MATRADE di Kedutaan Malaysia di Indonesia, Naim Abdul Rahman dan Setiausaha Agung Institut Otomotif Indonesia, Yanuarto Widihandono.

Indonesia merupakan negara kedua uar Malaysia selepas Brunei untuk mengimport kereta bersaiz menarik dengan ciri-ciri keselamatan yang menyeluruh dan turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang canggih selain pemanduan dan pengendalian Proton yang tersendiri.

Fuaad menerusi satu kenyataan berkata, Proton Iriz merupakan satu-satunya hatchback kompak pada segmen City Car dibawah IDR350 juta yang dilengkapi Kawalan Kestabilan Eletronik (ESC).

“Indonesia merupakan pasaran yang penting untuk Proton. Bukan sahaja dapat mengekalkan hubungan teguh G2G (Government to Government) sebagai ahli-ahli yang mengasaskan pertubuhan ASEAN, tetapi juga berkongsi pelbagai persamaan daripada segi budaya, rakyat, bahasa dan keadaan cuaca.

“PEI mempunyai 25 rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan di Indonesia. Para pelanggan boleh mendekati sendiri Proton Iriz di kesemua bilik pameran bermula 20 Februari.

“Dari segi perkhidmatan selepas jualan, kami mempunyai 24 cawangan pusat servis di lokasi-lokasi strategic sekitar Pulau Jawa, Sumatera dan Sulawesi dan lapan buah cawangan terletak sekitar daerah Jabodatek. Semua keperluan penyelenggaraan kereta disediakan kesemua pusat servis kami,”katanya menerusi satu kenyataan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");