Perak Hari Ini

PRU14: Calon Muda, Wanita Tidak Diketepikan

IPOH: Golongan muda dan wanita tidak akan diketepikan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) seiring usaha peremajaan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya akan meneliti proses penambahan, pertukaran calon-calon anak-anak muda untuk diketengahkan kelak.

“ia terus mengetengahkan proses peremajaan parti meletakkan calon muda termasuk wanita,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas menyampaikan amanat dalam program himpunan Pemimpin Muda negeri Perak bersama Menteri Besar di kediaman Menteri Besar hari ini.

Terdahulu seramai hampir 1,000 orang melibatkan pimpinan pemuda UMNO setiap bahagian hadir sebagai persiapan awal dan penyampaian amanat untuk menghadapi PRU14.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak turut berkata, Pemuda UMNO sendiri telah bersiap siaga dan menunjukkan dedikasi mereka bagi menghadapi kemungkinan pilihanraya.

“Mereka juga menunjukkan dedikasi yang baik persiapan di setiap jentera parti kawasan akar umbi, Parlimen, Dun dan cawangan dan Kita telah menjalankan persiapan tanpa diumumkan kepada mana-mana pihak,” katanya lanjut.

Turut hadir sama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun.

Tambahnya lagi, antara persiapan yang telah dijalankan seperti beberapa siri pertemuan dan latihan melibatkan jentera khas dalam parti.

“Pertemuan di setiap bahagian mengkaji dan menyelesaikan kelemahan yang perlu kita perbaiki,” katanya.

Mengulas sama ada UMNO bersedia untuk mempertahankan kemenangan, jelas Zambry setiap parti pastinya perlu bersiap sedia sepenuhnya dalam membuat persiapan serta memiliki tahap keyakinan yang tinggi bukan lagi “teragak-agak”.

“Persiapan perlu dilaksanakan dengan penuh keyakinan terutamanya dalam medan ini,” katanya.

Setakat ini jelasnya telah terdapat wakil rakyat yang mula tampil bersuara untuk bertanding bagaimanapun konsep
muafakat yang diamalkan perlu melibatkan semua parti jentera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");