Panasnya Hari Ini

PRU14 Mungkin Diadakan Tengah Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin diadakan pertengahan tahun ini.

“Saya tidak tahu tarikh pilihan raya umum, tetapi saya percaya ia akan diadakan tidak lama lagi, mungkin pada Mei, Jun, Julai atau Ogos,” katanya memetik laporan The Borneo Post.

Beliau turut menjangkakan Barisan Nasional (BN) Sarawak boleh memenangi sekurang-kurangnya 29 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU14.

“Berdasarkan rekod sebelum ini dan analisis trend di Sarawak, BN bukan sahaja akan kekal (sebagai kerajaan pemerintah) tetapi Sarawak akan memberi sumbangan besar kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum,” katanya.

Laporan itu memetik beliau sebagai berkata, rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk mengekalkan kerajaan sedia ada yang boleh melindungi hak dan keistimewaan Bumiputera atau kerajaan pimpinan DAP yang menekankan kesamarataan untuk semua kaum.

“Kerajaan pemerintah hari ini menjaga Bumiputera dengan baik, khasnya menerusi dasar melindungi hak dan keistimewaan mereka tanpa menghalang atau mengehadkan kaum lain daripada berjaya di negara ini.

“Atau mungkin rakyat lebih suka ‘kerajaan pimpinan pihak lain yang akan menafikan hak Bumiputera,” soalnya.

The Borneo Post memetik beliau sebagai berkata: “Daripada 2 pilihan itu, saya rasa kita tiada pilihan…Jika kita mahu mengekalkan hak Bumiputera, kita perlu mengekalkan kerajaan BN.”

Beliau turut memberi amaran perkhidmatan awam akan berada di bawah ancaman serius jika pembangkang menjadi pemerintah.

“Pembangkang memainkan isu penjawat awam berlebihan dan jika kerajaan ‘lain’ mengambil alih, separuh daripada penjawat awam akan hilang pekerjaan.

“Jadi, terpulang kepada penjawat awam jika mereka mahu mengekalkan kerja mereka atau memilih kerajaan lain yang akan membuang mereka,” dakwanya.

Jelas Ismail Sabri lagi, Mara Digital Mall akan ditubuhkan di semua negeri di Malaysia, termasuk Sarawak, susulan kejayaannya selepas dilancarkan tahun lalu.

Menteri itu berkata, pengarah Mara negeri sudah diarahkan mengenal pasti lokasi sesuai untuk pusat perniagaan produk teknologi maklumat (IT) khusus untuk usahawan Bumiputera itu, sama ada di Kuching atau bandar lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");