Perak Hari Ini

PRU14: Siapa Bakal Ganti Zambry?

IPOH:Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menimbulkan persoalan siapakah yang akan menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak sekiranya Adun Pangkor itu bertanding di Parlimen pada pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha AMANAH Perak, Salman Saleh, berkata persoalan yang timbul mengenai kemungkinan Zambry bakal berhijrah ke Parlimen ketika ini telah menimbulkan suasana ‘kurang enak’ berikutan negeri ini sedang menganjurkan Tahun Melawat Perak (TMP) 2017 dan keadaan politik yang ‘kurang sihat’ dikalangan mereka nanti.

“Ini kerana Datuk Seri Zambry telah mencetuskan suatu keadaan polemik pentadbiran Kerajaan Negeri Perak khasnya dan politik dalaman Umno dalam masa yang sama kerana timbul ketika ini.

“Siapakah bakal menggantikan beliau selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangkakan pada tahun ini juga,” katanya memetik kenyataan medianya semalam.

Tambahnya lagi, AMANAH Perak bersedia siapa sahaja yang bakal menggantikan Adun Pangkor itu nanti dan yakin pengganti beliau dikalangan penjawat Exco Kerajaan Negeri Perak pada masa kini sudah pastinya seorang yang berpengalaman dan mempunyai kedudukan di dalam Umno khasnya.

“Bagi AMANAH Perak, siapa sahaja yang akan menggantikan Datuk Seri Zambry sudah tentu mempunyai ‘latar belakang’ kerja-kerja yang boleh diukur sepertimana beliau yang selalu ‘memberikan bayangan’ pelbagai cadangan untuk dilakukannya sebagai Menteri Besar Negeri Perak tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya dan amat mengecewakan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu Zambry pada program Selamat Pagi Perak di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM), baru-baru ini mengakui sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan bertanding di Parlimen sekiranya arahan itu diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");