Berita Hari Ini

PTPTN Lewat Disebabkan Masalah Komunikasi

KOTA BHARU – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, isu kelewatan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) terhadap 11 universiti awam selesai memandangkan perkara itu timbul ekoran masalah komunikasi dan bukannya kerana badan itu tidak cukup sumber kewangan.

Jelas Idris, melalui perbincangan yang dilakukan bersama Pengurus Besarnya, Wan Ahmad Wan Yusoff, beliau menyatakan tiada masalah yang timbul sebelum ini.

“Cuma sebelum ini kelewatan terbabit berlaku ekoran PTPTN belum menerima pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti terlibat.

“Lagipun perkara ini telah dijelaskan dan hanya berlaku sedikit masalah komunikasi. Lagipun untuk yang terkini, sudah banyak universiti yang menghantar senarai (pengesahan status pelajar) dan ini tidak lagi menjadi isu,”katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara ‘Jom Masuk IPT’ 2017 di sini, hari ini.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, peminjam PTPTN di 11 universiti awam berdepan kelewatan menerima pembayaran berikutan agensi itu belum menerima pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti terbabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");