Perak Hari Ini

Rakyat Jangan Peduli Dengan Tun M

SELAMA : Rakyat diminta untuk tidak mempedulikan apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata,  sudah menjadi kebiasaan Dr Mahathir untuk ‘menjilat’ apa yang dicercanya dahulu.

“Kita sepatutnya memahami pada satu ketika dahulu, Mahathir sangat marah terhadap (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Apabila beliau tahu apa yang berlaku pada 1994, dia mula panik dan mencari seorang sahabat yang bersama-sama faham tentang kedudukan masing-masing.

“Jadi kalau itulah caranya mereka berpolitik, sepatutnya rakyat faham bahawa mereka ini hanya kumpulan yang hanya menjaga diri masing-masing, bukannya menjaga negara ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Parlimen Larut di Dewan SJKC Chee Seng, di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah  Pengerusi MCA Perak merangkap Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi MCA Bahagian Larut, Ng Ching Lim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan kedua Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan Anwar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Hamzah berkata lagi, rakyat tidak perlu khuatir dengan Dr Mahathir yang disifatkannya ingin menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Ini kerana, apabila beliau masuk pembangkang, sudah menjadi kerja mereka untuk menjatuhkan BN.

“Sudah cukup untuk kita beri peluang dan ruang kepada orang sebegini. Sudah tiba masanya untuk kita fikirkan tentang rakyat terutamanya generasi muda,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");