Membawang Hari Ini

Randy buat comeback

Pelakon kelahiran Indonesia, Randy Pangalila akhirnya terpanggil untuk mengeluarkan album terbarunya sekali gus album ini merupakan ‘comeback’ daripada jejaka itu setelah lama menyepi.

Kelahiran album solo ini adalah kerana banyak permintaan ramai daripada peminatnya yang berada di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.

Album berjudul ‘The Secret’ yang mendapat sentuhan sepenuhnya oleh Randy sendiri, memuatkan lapan buah lagu termasuk satu lagu bonus track lagu lama yang dinyanyikan semula, bertajuk ‘Everything I Need’.

“Sejujurnya, saya memberikan seluruh jiwa, emosi dan hati saya di dalam setiap lagu yang saya bawakan dengan harapan para pendengar dapat menjiwai setiap bait kata-kata di dalam setiap lagu yang disampaikan,” ujarnya memetik sumber Sinar Harian.

Pada masa sama Randy secara rasminya telah dilantik sebagai duta produk wangian The Secret Randy Pangalila by Bellessa.

Menariknya wangian yang di datangkan dengan dua jenis aroma lelaki dan wanita, Woody Floral Aromatic for HIM dan Floral Fruity Aromatic for HER, setiap pembelian pelanggan akan mendapat album terbaru Randy Pangalila secara percuma.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");