Perak Hari Ini

Rasuah: Pengarah, 3 Individu Ditahan

IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh hari ini membenarkan Pengarah jabatan kerajaan direman lima hari bersama tiga individu lain bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Keempat-empat suspek dibawa ke mahkamah oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10.30 pagi menaiki dua kenderaan.

Majistret Siti Hanum Mohamad Shah telah membenarkan mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana dipercayai menerima rasuah.

Pengarah berusia 57 tahun itu ditahan bersama dua ahli perniagaan masing-masing berusia 30 tahun dan seorang mekanik berusia 26 tahun.

Mereka ditahan di beberapa lokasi sekitar Perak bermula jam 12 tengah malam hingga 5.30 pagi hari ini.

Penahanan mereka dilakukan selepas dipercayai terbabit dalam memberi dan menerima rasuah daripada pengusaha pusat hiburan dan rumah urut yang beroperasi di Perak.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Datuk Nooraziah Abdul Manaf ketika dihubungi pihak media bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu kerana siasatan masih dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");