Sukan Hari Ini

Red Ants Gigit gergasi

PKNS FC membuktikan mereka mampu beraksi lebih baik daripada pasukan Selangor, apabila menang besar 5-3 dalam perlawanan ketiga Liga Super, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Red Ants bangkit daripada dua kekalahan sebelum ini untuk mencatat kemenangan pertama dalam aksi yang menyaksikan lapan gol tercipta di Stadium Shah Alam.

Patrick Ronaldinho Wleh menjadi wira PKNS apabila menjaringkan hatrik dan masing-masing satu gol daripada Safee Sali dan Matias Hadwa untuk tiga mata berharga skuad serba oren itu.

Bagi pengendalinya E Elavarasan, kemenangan ke atas Selangor itu titik tolak kepada kebangkitan PKNS dengan dua penggempur utama mereka Ronaldinho dan Safee sudah menemui rentak.

“Apabila kami kalah dengan Kelantan, kami tahu perlu berbuat sesuatu untuk bangkit. Kami berusaha keras dan pemain juga tunjuk disiplin yang baik.

“Ronaldinho berfungsi sangat baik hari ini dan tajam di depan gol berbanding sebelum ini. Safee juga sudah berjaya jaringkan gol dan ia sangat baik untuk tingkatkan confident level dia,’ katanya memetik sumber Sinar Harian.

Dalam perlawanan yang berlangsung dengan penuh tegang itu, Syahmi Safari terlebih dahulu meletakkan Red Giants di depan seawal minit pertama sebelum disamakan Ronaldinho minit ke-20.

Empat minit berselang Safee mencipta nama meledak gol pertama untuk kelabnya sebelum Francis Forkey Doe menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-28.

Ronaldinho sekali lagi meletakkan PKNS di depan minit ke-43 dan Hadwa melebarkan jurang gol dua minit selepas babak kedua bermula.

Tidak menyerah kalah, Selangor cuba bangkit melalui jaringan Forkey Doe minit ke-55 sebelum Ronaldinho membalas dengan gol kelima PKNS tiga minit selepas itu yang terus mematikan langkah Gergasi Merah.

Selangor turut terpaksa bermain dengan 10 orang pada baki 20 minit terakhir ekoran Raimi Md Nor yang dibuang padang.

Sementara itu, Pengendali Selangor, P Maniam pula menyifatkan kesilapan bahagian benteng pertahanan pasukan menjadi punca kekalahan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");