Jenayah

Remaja 14 Tahun Dikhuatiri Ikut Teman Lelaki

KUANTAN – Seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai menghilangkan diri selepas makan petang bersama ibu saudaranya di sebuah kedai di Jalan Teluk Sisik, di sini pada sambutan Tahun Baharu Cina, dua hari lalu.

Ibu saudaranya, Voo Lee Ling, 44, berkata, kehilangan itu adalah kali kedua membabitkan Voo Zi Rou sejak dia pulang ke negara ini, awal Januari lalu.

Menurutnya, Zi Rou yang menetap bersama ayahnya di Kemboja, dibawa pulang untuk beraya bersama ahli keluarga ayahnya di sini, sebelum dilaporkan hilang sekali lagi.

“Kali pertama Zi Rou hilang masa dia kat rumah datuknya di Shah Alam pada 8 Januari. Tapi berjaya ditemui semula di Kuantan keesokannya di Kampung Jawa bersama teman lelakinya, Fong Jia Yi, 17.

“Bila jumpa, saya segera bawa dia ke rumah. Tapi kejadian sama berulang pada 30 Januari ketika kami sedang makan di sebuah medan selera di Jalan Teluk Sisik. Zi Rou beritahu nak ke tandas dan selepas tu dia hilang.

“Hampir setengah jam saya tunggu dia tak muncul. Saya cari di semua tempat tapi tak jumpa. Beberapa kali saya cuba hubungi tapi tak dapat,” katanya lapor Sinar Harian.

Lee Ling bagaimanapun telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak saudaranya itu di Balai Polis Daerah Kuantan di sini, 30 Januari lalu, setelah usaha mencari remaja berkenaan gagal.

Katanya, dia amat yakin anak saudaranya itu mengikut Jia Yi kerana pernah terserempak dengan lelaki itu ketika mencari Zi Rou di Kampung Jawa di sini, pada 9 Januari lalu.

“Saya yakin dia dibawa lelaki itu. Jadi saya minta jasa Jia Yi bawa balik Zi Rou.

“Saya bimbang keselamatan anak saudara saya sebab dia masih bawah umur,” katanya.

Lee Ling berkata, dia juga ada beberapa kali cuba menghubungi Zi Rou, namun gagal.

Dalam pada itu, Adun Teruntum, Sim Chong Siang minta orang ramai membantu mengesan Zi Rou dan menghubunginya sekiranya melihat remaja tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Zi Rou boleh menghubungi Chong Siang di talian 0129818819.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");