Jenayah

Remaja Mengaku Tidak Bersalah Pukul Ibu Saudara Dengan Kayu

MELAKA TENGAH : Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memukul ibu saudaranya dengan kayu di sebuah rumah di Kota Laksamana, Ahad lalu.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah pertuduhan dibacakan jurubahasa dan didakwa ke atasnya di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Berdasarkan pertuduhan, remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rosliza Hassan, 49, di sebuah rumah di Pangsapuri Kota Laksamana, Kota Laksamana kira-kira jam 2.15 pagi pada 5 Februari 2017.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob, meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM3,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Sinar Harian melaporkan, Peguam Ishak Kari merayu supaya wang jaminan tersebut dikurangkan dengan alasan anak guamnya adalah juvana mempunyai empat beradik dan ditanggung bapa yang terpaksa merantau untuk peroleh pendapatan.

Selepas mendengar rayuan itu, Analia membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,200 dan tarikh sebutan semula kes pada 9 Mac ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");