Perak Hari Ini

‘Riders Apps’ Untuk Peminat Dunia Permotoran

MANJUNG : Bagi mereka yang meminati dunia permotoran, satu aplikasi khas telah dilancarkan pada Ahad iaitu Riders Apps yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.

Aplikasi terbaru itu menyediakan pelbagai kemudahan seperti jadual acara permotoran, jualan motosikal, ‘towing’ kecemasan mengikut kawasan serta pelbagai fungsi berkaitan dunia permotoran yang sentiasa dikemaskini.

Pengerusi Apps Bikers (Kelab Bikers Perak), Azhar Sulaiman berkata, aplikasi itu adalah yang pertama diperkenalkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dunia.

“Idea untuk aplikasi ini tercetus hasil daripada kerjasama dengan syarikat pembangun serta Pembina aplikasi iaitu Apps Quest Sdn Bhd.

“Riders Apps ini akan membantu memudahkan pergerakan para penunggang dan peminat permotoran kerana ia berfungsi menyusun perjalanan serta aktiviti mereka,”katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya lagi, pihaknya mensasarkan sebanyak 10,000 muat turun pada bulan pertama ianya dilancarkan dan dijangka akan menerima sambutan baik.

“Promosi secara siri jelajah akan dijalankan dari masa ke semasa untuk memperkenalkan aplikasi ini kepada penunggang motosikal,”katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk Azri Jaafar.

Seramai 250 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada pelbagai kelab turut hadir pada majlis tersebut.

Dalam perkembangan lain, Gabungan Kelab-Kelab Motorsikal Seluruh Negara (GKMD) telah melantik 25 ahli jawatankuasa untuk bersama-sama menjayakan Perak Bike Week 2017.

Program himpunan motosikal itu dijangka akan diadakan di Meru Raya, Ipoh pada November ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");