Berita Hari Ini

RM30 juta subsidi ujian mamogram tahun ini

TELUK INTAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima peruntukan RM30 juta untuk meneruskan Program Subsidi Ujian Mamogram pada tahun ini.

Timbalan menterinya Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata inisiatif melalui agensinya, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu akan memberi manfaat kepada lebih 60,000 wanita bagi mengesan kanser payu dara.

“Tahun ini, Kabinet meluluskan pelaksanaan program ini memandangkan ujian mamogram untuk mengesan kanser payu dara yang diperkenalkan sejak 2007 mendapat sambutan.

“Program ini salah satu inisiatif kerajaan untuk memberi kesedaran kepada wanita tentang kesihatan payu dara dan kepentingan membuat pengesanan lebih awal,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Penutupan Wanita Sejahtera Keluarga Bahagia sempena perayaan Ponggal yang dihadiri lebih 200 masyarakat India di sini pada Ahad.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan menganyam daun kelapa, mengikat bunga melor, demonstrasi melakar inai, selain turut disediakan pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN.

Menjelas lanjut, Azizah berkata ujian mamogram sangat penting kerana sembilan daripada 10 kes dapat dikesan lebih awal.
Beliau turut berharap pelaksanaan program itu secara tidak langsung akan dapat memperluaskan perkhidmatan yang ditawarkan terus kepada kumpulan sasar di bandar dan pedalaman.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");