Sukan Hari Ini

Rooney ‘Diintai’ China?

MASA depan Wayne Rooney bersama Manchester United terus menjadi tanda tanya apabila khabar angin mengatakan pemain itu semakin dekat untuk menyertai kelab di China.

Menurut laporan BBC, ejen Rooney, Paul Sretford berkata, Rooney dilaporkan berada di China untuk membincangkan pemindahan pemain itu.

Walaupun tiada sebarang jaminan perbincangan itu akan berjaya namun usaha tetap diteruskan sebelum jendela pemindahan pemain bagi Liga Super China ditutup 28 Februari ini.

Setakat ini, Beijing Guoan kelab kesukaan Presiden China dilaporkan antara yang berminat untuk mendapatkan Rooney.

Selain itu, Jiangsu Suning dan Tianjin Quanjian turut dilaporkan mahu mendapatkan khidmat kapten England berkenaan.

Namun, wakil Rooney yang berada di China dilaporkan berbincang dengan jurulatih Tianjin Quanjin, Fabio Cannavaro mengenai beberapa permintaan.

Rooney kini tidak lagi menjadi pilihan Mourinho dalam kesebelasan utama termasuk dalam perlawanan penting sehingga jurulatih kelahiran Portugal berkenaan merelakan pemain berkenaan meninggalkan kelab itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");