Perak Hari Ini

Rujuk Agensi Kerajaan Untuk Kembangkan Pasaran

IPOH: Pelbagai bentuk bantuan dan pinjaman disediakan oleh pihak Kerajaan menerusi agensi dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang membantu para usahawan mengembangkan pasaran dan perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong berkata Malaysia Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Investment) salah satu agensi kerajaan telah memberi pelbagai bentuk bantuan sebanyak RM800 juta kepada 770 buah syarikat yang beroperasi di negeri ini sejak mula beroperasi pada tahun 1960.

“Setakat ini masih terdapat syarikat yang tidak mengetahui peranan dan peluang yang disediakan oleh agensi dibawah MITI seperti contoh bahagian eksport boleh merujuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dan kewangan melalui MIDF,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas membuat lawatan kerja ke Chek Hup Sdn. Bhd di sini hari ini.

Katanya lagi, MIDF menyediakan bimbingan dan pelbagai bentuk pinjaman kepada syarikat untuk membantu mereka terus berkembang dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Pihak syarikat boleh hadir sendiri ke agensi terlibat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bentuk bantuan yang diperlukan menerusi agensi dibawah Miti.

“Bagi tahun ini MIDF menyediakan pinjaman sekitar RM625 juta malah lawatan MIDF ke setiap syarikat terpilih juga bertujuan bagi meneliti skim pinjaman yang disediakan supaya lebih banyak syarikat mengenalpasti insentif yang sedia ada,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pihak MIDF sentiasa meninjau perkembangan syarikat di negara ini dalam usaha membantu mereka meningkatkan jumlah eksport sekaligus pengukuhan kewangan negara.

“Salah satu eksport yang berpontensi ialah eksport barangan makanan diproses yang menunjukkan peningkatan daripada tahun 2015 iaitu sebanyak RM1.98 bilion mencecah hingga RM20 bilion pada tahun 2016.

“Antara produk yang mempunyai impak positif serta disambut baik oleh negara luar ialah whitecofee iaitu mencecah untuk eskport RM1.2 bilion,” katanya.

Jelasnya lagi, syarikat Chek Hup Sdn. Bhd merupakan contoh apabila kini berminat daripada segi pinjaman automasi untuk pengurangan pekerja asing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");