Berita Hari Ini

RUU 355 Untuk Mendidik, Bukan Menghukum

KUALA LUMPUR : Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Albakiri berkata, umat Islam tidak perlu bimbang tentang undang-undang Islam kerana ia bukan bersifat menghukum, sebaliknya bersifat mendidik.

Ujarnya, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355 yang digariskan bertujuan mengharmonikan peranan Islam, penuh dengan toleransi dan kesaksamaan.

“Apa yang kita lakukan tidaklah sempurna. Tetapi kita kini sedang menuju ke arah kesempurnaan.

“Kita sama-sama menghargai kedaulatan undang-undang negara,” katanya, lapor Sinar Harian.

Pada 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Difahamkan, RUU itu bagi meminda akta 355.

Menurut beliau lagi, institusi mahkamah syariah perlu diperkasakan demi agama Islam dan ALLAH.

“Apa yang termaktub dalam al-Quran adalah untuk semua bangsa dan agama tidak kira warna kulit, kerana semuanya milik ALLAH,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");