Membawang Hari Ini

Saiful Apek Berhenti Merokok

Memikirkan rumah tangga, isteri dan dua anak lelakinya meningkat dewasa, Riyadh, 22, dan Radzin, 19, Saiful Apek, 47, mengambil keputusan untuk berhenti merokok tidak lagi menyentuh benda yang selama ini banyak meleka dan mengkhayalkan sejak empat tahun lalu.

dan melakukannya tanpa rela apabila

Menurut Apek, perasaan mahu berubah itu datang daripada dirinya sendiri dan baginya, untuk mendidik sesiapa saja apatah lagi darah daging sendiri, dia kena berubah dan barulah kesedaran turut datang dalam diri orang lain.

“Kita tidak boleh hanya bercakap dan ‘mengarah’ orang buat baik, tetapi diri sendiri tidak betul. Semakin anak menginjak ke usia dewasa, saya melayan seperti kawan, menjadi tempat mereka mengadu dan mendengar segala keluhan agar tidak takut untuk bercakap benar.

“Tanpa dipaksa, Riyadh beritahu saya dia merokok dan katanya, itulah kali pertama dan terakhir dia merokok kerana dia tahu kesan buruk sebagai perokok,” katanya, lapor Harian Metro.

Kata Apek lagi atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, titik perubahan terbesar berlaku dalam hidupnya apabila terjadinya tragedi MH370 pada Mac 2014. Pilu hatinya mengenangkan semua penumpang menjadi mangsa dalam tragedi itu.

“Anak kehilangan ibu bapa mereka yang terbabit dalam tragedi itu dan orang tua pula kehilangan anak yang perginya tidak meninggalkan tanda. Jika masih hidup di manakah mereka dan jika sudah meninggal dunia, di manakah kuburnya. Tibanya hari raya, ke mana hala kaki kaum keluarga nak dituju kerana tiada tanah kubur untuk diziarahi.

“Tragedi itu amat menginsafkan saya dan jika saya ‘pergi’ suatu hari nanti diharap adalah tanah kubur supaya anak dapat menziarahi saya,” katanya.

Suburkan Iman

Apek ditemui pada penggambaran secara langsung program bercorak keagamaan berjudul Suburkan Iman yang disiarkan terus menerusi Masa Media Facebook terbitan Cuepro Productions. Program dirakamkan setiap Jumaat itu diterbitkan empat episod dan mengekalkan Apek sebagai pengacara.

“Selain mengacara, saya sendiri belajar daripada tetamu jemputan, banyak benda yang saya tidak tahu dan setiap pertanyaan dilontarkan secara santai mewakili penonton. Dalam topik mengaji al-Quran, saya tidak malu mengaji sama,” katanya.

Menurut penerbit program itu, Ahmad Zainudin Abdullah, ustaz dan tetamu undangan berbeza setiap minggu bergantung kepada topik yang dikupas pada minggu itu.

“Suburkan Imam adalah program perintis yang bersiaran terus di Facebook selama sejam. Zaman kian berubah dan teknologi semakin canggih menyebabkan segalanya berada di hujung jari.

“Media sosial seperti Facebook dan Instagram menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat, lantaran itu Cuepro mengambil peluang memperkenalkan program dalam talian.

“Walaupun Masa Media baru berusia lima minggu, tetapi ia mendapat sambutan hangat dengan ‘like’ kini mencecah 3,300 diikuti 3,355 ‘follower’ dan setiap kali bersiaran setiap topik mampu mencecah 70,000 ‘reach’ dan 10,000 penonton,” katanya.

Kata Zainudin lagi, ternyata program itu berjaya menjadi platform baru dalam konsep berdakwah dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pada masa sama, Masa Media juga menawarkan pakej pengiklanan pada harga berpatutan dengan berkongsi tujuan sama untuk menyeimbangkan tanggungjawab sosial dalam mengembangkan syiar Islam di samping mempromosikan produk atau perniagaan penaja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");