Jenayah

Samun : Wanita Dipukul Empat Lelaki Bermotosikal

KUALA TERENGGANU : Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan apabila dipukul menggunakan topi keledar oleh empat lelaki bermotosikal, dalam satu kejadian samun berhampiran Taman Perumahan Gong Badak 4, Kuala Nerus, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa berusia 35 tahun berputih mata apabila pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai RM1,320, gelang emas dan beberapa dokumen penting dilarikan.

Selain itu, mangsa turut mengalami sakit dan pening akibat tindakan kejam empat lelaki tidak dikenali itu yang sanggup memukul mangsa hanya untuk mendapatkan wang.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum dihampiri dua buah motosikal ketika melalui simpang berhampiran taman berkenaan.

Katanya, mangsa dipukul menggunakan topi keledar sebelum salah seorang daripada suspek bertindak menarik beg galas mangsa.

“Mangsa memaklumkan terdapat empat suspek menunggang dua buah motosikal dan mangsa gagal mengecam jenis motosikal serta wajah suspek berikutan keadaan jalan yang gelap.

“Puas dengan hasil diperoleh, empat suspek melarikan diri meninggalkan mangsa yang kesakitan akibat dipukul menggunakan topi keledar.

“Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");