Sukan Hari Ini

Sathia perlu sedikit masa

PENGENDALI baharu Felda United, B Sathianathan berazam mengembalikan kegemilangan The Fighters selepas kelab itu memulakan saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini dengan prestasi hambar.

Sathianathan yang diumumkan sebagai jurulatih baharu Fighters kelmarin bagaimanapun berkata, beliau memerlukan masa untuk mencari formula berkesan mengembalikan semangat pasukannya.

“Matlamat utama saya adalah untuk kembalikan kegemilangan kelab ini seperti dua, tiga tahun yang lalu ketika di bawah kendalian Irfan Bakti.

“Bagaimanapun, saya perlu mengakui bahawa saya memerlukan sedikit masa untuk mengubah struktur pasukan dan mengenalpasti formula berkesan untuk pasukan,” katanya yang berada di Singapura ketika dihubungi.

Mengulas prestasi buruk Felda selepas dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super baru-baru ini, Sathianathan menyifatkan ia disebabkan faktor kurang keyakinan dalam kalangan pemain memetik sumber Sinar Harian.

Jelasnya, fokus utamanya untuk permulaan ini adalah terarah kepada aspek tersebut dan berharap pemain dapat segera menyesuaikan diri dengan corak latihannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");